December 9, 2012

Hidup hanya sementara

Baru2 ni aku ade berbual dgn kawan aku, pasal mencari rezeki. Dia buat mcm2 kerja nak cari duit, nak hidup. Tp bila kite tgk kt org lain yg senang, yang x perlu buat mcm tu, yang dah ade semuanya, dia ckp "untungnya org yang mewarisi kekayaan ni".

Ape dia ckp tu membuat aku berfikir. Sangat betul ape dia kata ni. Lagi2 bila ade kejadian baru2 ni yang kawan aku, tegur aku mcm aku ni org susah. Yelah, sbb aku ni kan kerja part time nak sara hidup. Teguran dia agak kasar bagi aku, dan aku agak terasa.

Tapi kawan2, bila difikirkan balik tentang kekayaan, kesenangan dunia ni, sampai bila je boleh tahan? Xpelah. Aku susah skrg. Tp dr segi positifnya, sekurang-kurangnya aku berdikari. Dan yang paling penting, rezeki aku halal. :)

Aku ni xdelah mcm alim sgt. Solat pun tunggang langgang. Tapi aku cuba. Cuba mana yang boleh aku buat. Satu prinsip hidup aku adalah jujur. So kt situ dah nmpk perbezaan aku dgn org yang menegur aku tu.

Kembali ke topik asal. Walaupun hidup kita senang mana, kaya mana, tp kalau utk akhirat kita x buat apa2, apa guna kita hidup kt dunia ni? Apa yang kita buat sebagai hamba Allah dalam kesenangan kita tu?
Biar kita susah kt dunia, tp bukan susah kt akhirat.
Jangan terlalu mengejar di sini, tp yang di sana kita lupa.
Keselesaan kita di dunia, tak menjamin keselesaan kita di akhirat.

Aku ckp lg skali, aku xde la alim mana. Tp aku cuba. Aku sntiasa igtkan diri aku sndri. Dan ape slhnye aku nak berkongsi dgn korg ape yang bermain di fikiran aku ni. So, sama2 lah kita beringat. InsyaAllah.

Terima kasih kerana membaca. :)

No comments:

Post a Comment